Intisari Tafsir Fi Zilal Al-Quran dan Corak Pemikiran Adab-Ijtima‘i dan Harakinya
DOI:
https://doi.org/10.30631/wpbcp094Keywords:
Fi Zilal al-Qur’an, Manhaj sastera-budaya, Sayyid Qutb, Tafsir al-Qur’anAbstract
Artikel ini bertujuan mengidentifikasi aliran tafsir yang dikembangkan oleh Sayyid Qutb dalam karyanya yang klasik, tafsir Fi Zilal al-Qur’an. Ia membawakan analisis tekstual terhadap pandangan-pandangan politik dan moral al-Quran yang universal berasaskan pendekatan kultural-linguistik dan metode haraki. Ini diartikulasikan berlandaskan prinsip adabi-ijtima‘i dan haraki yang mencorakkan idea-idea sosial dan pandangan sosio-budayanya yang inklusif. Penelitian ini bersifat kualitatif (naratif) dalam bentuk tinjauan dokumenter dan analisis isi. Data kajian diperoleh dari sumber-sumber primer dan sekunder yang terkait dan ditinjau secara historis, interpretatif, deskriptif dan analitis. Penemuan kajian merumuskan bahawa falsafah dan manhaj tafsir yang digariskan oleh Sayyid Qutb terkesan oleh faham haraki yang membentuk ideologi dan dinamika pemikiran yang intens dalam aliran tafsir yang dibawanya. Prinsip ini mempengaruhi manhaj dan corak pemikiran yang dikembangkan dalam penafsirannya yang moden yang menggarisbawahi doktrin dan falsafah moralnya tentang idealisme politik dan sosial dan peranan Islam dalam pengembangan nilai peradaban dan tauhid.






